|
SENARAI INSTITUSI PENGAJIAN TINGGI DI MALAYSIA
LIST OF HIHGER EDUCATIONAL INSTITUTION IN
MALAYSIA
INSTITUSI PENDIDIKAN TINGGI AWAM
GENARAL HIGHER
EDUCATIONAL INSTITUTION
|
Universiti
Malaya
University of Malaya |

|
|
Universiti
Kebangsaan Malaysia
National University of Malaysia |

|
|
Universiti
Sains Malaysia
University of Science Malaysia |

|
|
Universiti
Putra Malaysia
University Putra Malaysia |

|
|
Universiti
Teknologi Malaysia
University of Technology Malaysia |

|
|
Universiti
Islam Antarabangsa Malaysia
International Islamic University Malaysia |

|
|
Universiti
Utara Malaysia
Northern University of Malaysia |

|
|
Universiti
Malaysia Sarawak
Malaysia University of Sarawak |

|
|
Universiti
Malaysia Sabah
Malaysia University of Sabah |

|
|
Universiti
Pendidikan Sultan Idris
Sultan Idris Educational University |

|
|
Universiti
Teknologi Mara
Mara University of Technology |
 |

INSTITUSI PENDIDIKAN TINGGI SWASTA
PRIVATE HIGHER
EDUCATIONAL INSTITUTION
|
Universiti Tunku Abdul Rahman
University of Tunku Abdul Rahman |

|
|
Universiti Tun Abdul Razak
University of Tun Abdul Razak |

|
|
Universiti Teknologi Petronas
Petronas University of Technology |

|
|
Universiti Tenaga Nasional
University of Tenaga Nasional |

|
|
Universiti Multimedia
Multimedia University |

|
|
Universiti
Perubatan Antarabangsa
International Medical University |

|
|
Universiti Terbuka Malaysia
Open University Malaysia |

|
|
Universiti Industri Selangor
Industrial University of Selangor |

|
|
Universiti Sains dan Teknologi Malaysia
Malaysia University of Science and
Technology |

|
|
Universiti Kuala Lumpur
University of Kuala Lumpur |
 |
|
|
|

INSTITUSI PENDIDIKAN TINGGI AWAM (Kolej
Universiti)
GENERAL HIGHER
EDUCATIONAL INSTITUTION (University College)
|
Kolej
Universiti Islam Malaysia
Islamic University College of Malaysia |

|
|
Kolej
Universiti Teknologi Tun Hussein Onn
Tun Hussein Onn University College of
Technology |

|
|
Kolej
Universiti Sains dan Teknologi Malaysia
University College of Science and
Technology Malaysia |

|
|
Kolej
Universiti Teknikal Kebangsaan Malaysia
Malaysia National Technical University
College |

|
|
Kolej
Universiti Kejuruteraan Utara Malaysia
Northern Malaysia University College of
Engineering |

|
|
Kolej
Universiti Kejuruteraan dan Teknologi Malaysia
Malaysia University College of
Engineering and Technology |

|
|
|
INSTITUSI PENDIDIKAN TINGGI SWASTA (Kolej
Universiti)
PRIVATE HIGHER
EDUCATIONAL INSTITUTION (University College)
|
Kolej
Universiti Teknologi dan Pengurusan Malaysia
Malaysia University College of Technology
and Management |

|
|
Kolej
Universiti Kreatif Lim Kok Wing
Creative University College of Lim Kok
Wing |

|
|
Kolej
Universiti Teknologi Antarabangsa Twintech
Twintech International University
College of Technology |

|
|
Kolej
Universiti Antarabangsa Sedaya
Sedaya International University College |
 |
| Kolej Universiti Infrastruktur Kuala
Lumpur
Infrastructure University College of
Kuala Lumpur
|
|

INSTITUSI PENDIDIKAN ANTARABANGSA (Kampus
Malaysia)
INTERNATIONAL EDUCATIONAL
INSTITUTION (Malaysia Campus)
|
University of Nottingham
|

|
|
University of Monash
|

|
|
Curtin University of Technology
|

|
|
FTMS De Monfort University
|
 |

Pendidikan Malaysia
Sistem
pendidikan di
Malaysia adalah berdasarkan Sistem Pendidikan
Inggeris. Pendidikan bermula daripada tadika sehingga ke
institusi pengajian tinggi. Secara ringkas, Sistem
Pendidikan Malaysia boleh dinyatakan seperti berikut:
- Tadika/Tabika (2 - 3 Tahun) Bermula dari umur 5
tahun
- Sekolah Rendah (5 - 7 Tahun) Bermula dari umur 7
tahun
- Sekolah Menengah Rendah (3 - 4 Tahun)
- Sekolah Menengah Tinggi (2 Tahun)
- Tingkatan Enam
- Pengajian Tinggi
Pendidikan prasekolah
Sekolah tadika (prasekolah)
menerima kemasukan kanak-kanak daripada 4-6 tahun. Pengajian
tadika bukan merupakan pengajian wajib dalam Pendidikan
Malaysia. Penubuhan tadika oleh pihak swasta amat
menggalakkan. Setakat ini, sebahagian besar Sekolah
Kebangsaan mempunyai Kelas prasekolah. Namun kemasukan ke
kelas ini dibuka kepada anak-anak dari keluarga
berpendapatan rendah. Dengan ini diharapkan, sebaik sahaja
melangkah ke tahun 1 persekolahan, anak-anak Malaysia telah
melalui alam pendidikan prasekolah yang amat penting itu.
Jenis sekolah di Malaysia
Sekolah Jenis Kebangsaan
Sekolah awam di Malaysia terbahagi kepada dua jenis,
iaitu Sekolah Kebangsaan dan Sekolah Jenis Kebangsaan.
Bahasa Melayu dan
Bahasa Inggeris merupakan pelajaran wajib di dalam
Sistem Pendidikan Malaysia, dengan berpandukan Bahasa Melayu
sebagai Bahasa Pengantar. Walaubagaimanapun, terdapat juga
sekolah yang menggunakan perantaraan bahasa sekunder seperti
Bahasa Tamil dan
Bahasa Mandarin. Sekolah sedemikian dikenali sebagai
Sekolah Jenis Kebangsaan.
Pendidikan rendah
Pendidikan rendah bermula dari tahun 1 hingga tahun 6,
dan menerima kemasukan kanak-kanak berumur 7 tahun sehingga
12 tahun.
Pada akhir tahun persekolahan
sekolah rendah, Ujian awam diadakan bagi menilai
prestasi murid-murid. Ujian awam pada peringkat sekolah
rendah dinamakan Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR).
Pelajar yang telah menduduki
UPSR, dibenarkan melanjutkan pelajaran ke Sekolah
Menengah.
Pendidikan menengah
Pendidikan menengah di Malaysia boleh dipecahkan kepada
dua peringkat, iaitu Menengah Renda(Tingkatan 1-3), dan
Menengah Atas (Tingkatan 4-5).
*Bagi pelajar yang meneruskan pelajaran
ke Sekolah Menengah Kebangsaan daripada Sekolah Rendah Jenis
Kebangsaan, mereka perlu memasuki satu tahun kelas
persediaan. Kelas khas ini dinamakan Tingkatan Peralihan.
Pendidikan Sekolah Menengah Atas menawarkan bentuk
pendidikan yang lebih khusus. Secara amnya, pelajar boleh
memasuki pengkhususan seperti berikut:
- Pengkhususan Sains
- Pengkhususan Sastera
- Pengkhususan Teknikal (Sekolah Vokasional)
Terdapat
2 Ujian Awam pada peringkat ini.
Lihat juga
Senarai Sekolah Menengah di Malaysia.
Pendidikan pra-universiti
Pendidikan pra-universiti adalah pengajian lanjutan
selepas persekolahan sekolah menengah bagi persediaan untuk
kemasukan ke
Universiti. Penerimaan program pra-universiti ditentukan
berdasarkan Ujian Awam SPM. Secara amnya, pendidikan
pra-universiti adalah seperti berikut:
- Tingkatan Enam
- Matrikulasi
- Pendidikan Luar
Tingkatan enam
Tingkatan Enam menawarkan dua bentuk pengkhususan, iaitu
Sains dan Sastera. Kursus pra-universiti ini dilangsungkan
selama 1 setengah tahun. Pada akhir tahun Ujian Awam STPM
diadakan bagi menentu kemasukan ke Universiti.
*Sijil STPM juga diterima oleh kebanyakan
Universiti antarabangsa
Matrikulasi
Program Matrikulasi adalah pendidikan pra-universiti
seperti Tingkatan Enam, yang kini ditanggungjawabkan kepada
Bahagian Matrikulasi,
Kementerian Pelajaran Malaysia. Pada waktu dahulu,
program matrikulasi diseliakan oleh universiti-universiti
tempatan. Kini, program matrikulasi menjadi salah satu
syarat pilihan yang membolehkan para pelajar lepasan SPM
membuat persediaan sebelum melangkah masuk ke IPTA. Program
Matrikulasi berlangsung selama 1 tahun dan menggunakan
sistem semester iaitu dua semester dalam pengajian mereka.
Walau bagaimanapun, mulai tahun
2006, bahagian matrikulasi cuba untuk melakukan program
ini untuk tempoh pembelajaran selama dua tahun dengan
menggunakan sukatan yang sama.
Pengajian tinggi
Pendidikan Malaysia terbahagi kepada beberapa peringkat
seperti berikut.
-
Institut Pengajian Tinggi Awam
-
Institut Pengajian Tinggi Swasta
-
Maktab Perguruan
-
Politeknik
-
Kolej Awam
-
Kolej Swasta
-
Institut
Ujian Awam Kebangsaan
Ujian Awam peringkat Kebangsaan (National Public
Examination) diadakan di akhir tahun persekolahan pada
setiap tahap pendidikan, bermula dari sekolah rendah. Bagi
sekolah rendah,
Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR) dijalankan semasa
tahun 6 enam persekolahan.
Pada peringkat sekolah menengah rendah,
Penilaian Menengah Rendah (PMR) diadakan.
Pada peringkat sekolah menengah atas,
Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) diadakan. Bagi yang
mendapat keputusan baik dalam ujian SPM, mereka layak untuk
meneruskan pelajaran ke Tingkatan Enam, atau memasuki kursus
Matrikulasi.
Tingkatan Enam berlangsung selama 2 tahun, dan pada akhir
tahun pengajian
Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) diadakan.
STPM serta Sijil Matrikulasi (ujian bagi kursus
Matrikulasi) adalah kelayakan asas untuk meneruskan
pengajian ke Sarjana Muda. Cara lain bagi melayakkan diri
untuk Sarjana Muda ialah menerusi pengajian swasta seperti
di kolej-kolej swasta. Kolej Swasta menawarkan kursus
pra-universiti seperti Kursus diploma.
|